Get your own Digital Clock

About Me

My photo
batu caves, selangor, Malaysia
Simple Person... Coretan di bloq ini hanya menceritakan sedikit kisah diriku yang bukan menjadi paparan buat semua,namun mungkin sedikit pengenalan bagi yang ingin mengetahui tentang hidupku.. kadang kala pengalaman yang dikongsikan dapat membantu yang lainnya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama,dan untuk yang baik,ia mampu menjadi ikutan buat semua.aku seorang manusia biase yang sering mahu melakukan sesuatu di luar kotak pemikiranku...Cita2 ku tinggi melangit walau kadang kala aku ragu sama ada aku mampu mencapainya ataupun tidak..namun andai kita tidak mampu bermimpi,bagaimana kita ingin memegangnya kan..andai ada yang kurang senang dengan catatanku ini,aku memohon seribu kemaafan..ini hanyalah kisah hidupku,dan tidak bersangkut paut dengan yang lainnya..sekian...(^_^)..pedRosyen

Wednesday, October 31, 2012

Puisi ILMU & MAKRIFAT


Wahai yang tidak aku kenali 
ku panjat gunung yang tinggi 
sangkaku Engkau berada di puncaknya 
namun tidak ku temui Engkau di sana.
Lalu aku terjun dari puncak gunung 
jika Engkau ada pasti Engkau tidak membiarkan daku.

Tangan Kudrat Iradat-Mu menyambar ku 
aku terbang dengan sayap Rahmani-Mu 
mengembara ke seluruh alam maya 
namun tidak ku temui Engkau di dalam alam.

Hatiku mengatakan Engkau ada 
lalu aku keluar daripada alam 
dan aku terjun ke dalam hatiku.

Di sana aku temui kebodohanku 
bodohnya aku menyangka akulah Aku 
sedangkan Dia jualah Aku 
dan aku tiada beserta Dia.

Bila aku tiada beserta Dia 
tinggallah Dia sendirian 
rindulah Dia kepada diriku 
lalu Dia terjun ke dalam hatinya 
di sana Dia berjumpa Aku 
Aku menyambutnya dengan tersenyum.

Aku dan Dia 
Dia dan Aku 
bukan dua dan bukan Satu 
satu masih berbentuk 
masih berjarak titik atas dengan bawah 
sedangkan Aku dan Dia 
tiada antara 
bukan juga titik yang halus 
titik yang halus masih menempati ruang 
sedangkan Aku dan Dia 
tiada rupa tiada bentuk tiada ruang tiada zaman.

Aku adalah Dia 
Dia adalah Aku 
tiada beza antara Aku dan Dia 
bila aku cuba mengenali Dia 
aku tidak kenal lagi diriku 
aku tidak kenal lagi diri Dia 
bila dia cuba mengenali diriku 
dia tidak kenal lagi dirinya 
dia tidak kenal lagi diriku.

Tiada lagi kenyataan 
tiada juga keghaiban.

Pengenalan sebenar adalah tidak kenal 
pengetahuan sebenar adalah tidak tahu.

Aku adalah rahsia Dia 
Dia adalah rahsia Aku 
usah diganggu rahsia ini.

No comments:

Post a Comment