Hidup
adalah pergeseran masa&putaran hari.
Terimalah kehidupanmu&relakanlah.
Hentikan
keinginanmu,kau akan merdeka. Yang paling senang adalh orang yang percaya diri.
Zat yang memberi akan memberi rezki
Pemberian darinya selalu terjaga,Selalu baru
tidak kadaluwarsa. Qana’ah itu selalu lega, Maka tiada sesuatu yang
memperbudakkannya.
Sampai
bila aku terikat&terjerat,terus berusaha pulang&berangkat. Jauh rumah
jauh keluarga. Tidak tahu pula hakku bagaimana.
Mengembara didunia dari timur ke
barat…kerakusanku tidak peduli maut menunggu. Menerima itu kaya…bukan kerana
banyaknya harta…
Kulihat
harta itu menambah kerakusanmu. Seperti kau tidak akan mati saja…Pernahkah kau
puas bila tiba waktumu??? “Lantas kau berkata,”Aku telah cukup…aku telah
redha…”Meniaraplah dihadapan Allah,jangan meniarap kepada manusia. Menerimalah
dengan memutuskan keinginan. Sungguh kemuliaan itu dalam ketiadaan keinginan.
Jangan berhajat pada sanak saudara. Orang yang kaya tiada berhajat kepada
manusia.
“Wahai sipengumpul dunia! Waktu terus kian
berlalu…terkunci rapat semua pintu…Sambil kau fikir bagaimana mewujudkan
angan-angan…Entah mudah atau sulit kau buru jua.
Kau
kumpulkan harta!!! “Katakanlah padaku, sudahkah kau kumpulkan??? “Hai pemburu
harta!…Hari-hari kian meninggalkanmu. Hartamu dilirik ahli warismu. Milikmu
hanyalaj yang kau infakkan. Zat yang membahagi, akan memberimu rezki. Pemberian
darinya selalu terjaga, Selalu baru takkan binasa…Qana’ah itu selalu menerima.
Tidak pernah tergesa atau berduka..
“Kewiraan adalah pada ringgit, jika boleh kau
meninggalkannya, Itulah taqwa muslim sesungguhnya…
“Jangan
kau tertipu oleh alim ulama…berjubah & berserban…atau pula diwajah nampak
kezuhudannya…! “Perlihatkanlah ringgit padanya…Tahulah kau kecintaan atau
kewiraannya…”Wahai yang tidur nyenyak dimalam hari&gembira di
awalnya…Berbagai kejadiaan mengetuk akhir malam. Jangan kau sukai malam yang
baik awalnya, Boleh jadi akhirnya menyalakan api…
“Jika rezkimu masih jauh jua. Sabar, &
terimalah apa yang ada. Tidak perlu kau payah memburunya. Jika memang
bahagiaanmu, tentu & pasti akan datang jua…”Wahai pemburu rezki yang masih
jauh. Percuma saja kau lelah. Yang kuat kadang tidak mendapat apa-apa,
sedangkan lalat & ulat yang lemah dapat banyak jua.
“Tinggalkan
kegilaan & gemerlap dunia. Jangan kau tertipu oleh perlumbaannya. Terimalah
apa yang diberikan oleh Ar-Rahman. Sungguh Qana’ah itu harta yang tak akan
pernah habisnya. Meskipun berlebihan yang kau kumpulkan. Tidak bermanfaat
bagimu dalam kehidupan.
Kulihat waktu tiada abadi…Masa& umurku
akan lenyap sama sekali…Orang bodoh adalah orang yang memperturutkan hawa
nafsunya,serta penuh keinginan belaka. “Demi umurku! Pemuja dunia akhirnya
menyesal jua. Bila dunia pergi dia merasa rugi…Bila dunia datang keinginannya
pun terus memuncak…Banyak orang berusaha yang haram, Ia temukan kejahatan atas
kejahatan…”Sungguh menghairankan…Ia musuh tapi dirindukan…
”
Wahai orang-orang yang tertipu oleh dunia!
Siang kau tidur dan malas. Malam pun kau
tidur & hina…Kau tertipu oleh sesuatu yang fana…Kau bahagia dalam khayalan.
Persis orang tidur yang tertipu dengan kelazatan. Akhir kesibukanmu hanyalah
kebosanan( borink kata budak-budak sekarang) Demikianlah kehidupan
haiwan-haiwan!
“Alangkah
indahnya syair yang berbunyi: “!Ingan…dunia itu fitnah bagi seseorang. Tiap
saat ia pergi & datang…Jika pergi, bersabarlah…Jika datang……bersyukurlah….
No comments:
Post a Comment