Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu
Boleh tak jumpa Melayu
di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Wahai anak bangsaku,
renung-renungkanlah kata-kataku ini.
SUMBER: PEWARIS
Get your own Digital Clock
About Me
- PedrO'osyEn
- batu caves, selangor, Malaysia
- Simple Person... Coretan di bloq ini hanya menceritakan sedikit kisah diriku yang bukan menjadi paparan buat semua,namun mungkin sedikit pengenalan bagi yang ingin mengetahui tentang hidupku.. kadang kala pengalaman yang dikongsikan dapat membantu yang lainnya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama,dan untuk yang baik,ia mampu menjadi ikutan buat semua.aku seorang manusia biase yang sering mahu melakukan sesuatu di luar kotak pemikiranku...Cita2 ku tinggi melangit walau kadang kala aku ragu sama ada aku mampu mencapainya ataupun tidak..namun andai kita tidak mampu bermimpi,bagaimana kita ingin memegangnya kan..andai ada yang kurang senang dengan catatanku ini,aku memohon seribu kemaafan..ini hanyalah kisah hidupku,dan tidak bersangkut paut dengan yang lainnya..sekian...(^_^)..pedRosyen
No comments:
Post a Comment