Get your own Digital Clock

About Me

My photo
batu caves, selangor, Malaysia
Simple Person... Coretan di bloq ini hanya menceritakan sedikit kisah diriku yang bukan menjadi paparan buat semua,namun mungkin sedikit pengenalan bagi yang ingin mengetahui tentang hidupku.. kadang kala pengalaman yang dikongsikan dapat membantu yang lainnya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama,dan untuk yang baik,ia mampu menjadi ikutan buat semua.aku seorang manusia biase yang sering mahu melakukan sesuatu di luar kotak pemikiranku...Cita2 ku tinggi melangit walau kadang kala aku ragu sama ada aku mampu mencapainya ataupun tidak..namun andai kita tidak mampu bermimpi,bagaimana kita ingin memegangnya kan..andai ada yang kurang senang dengan catatanku ini,aku memohon seribu kemaafan..ini hanyalah kisah hidupku,dan tidak bersangkut paut dengan yang lainnya..sekian...(^_^)..pedRosyen

Thursday, June 16, 2011

51 Laman Web Kerajaan Digodam


Sebanyak 51 laman web .gov.my digodam sehingga awal pagi Khamis menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Namun, suruhanjaya itu berkata, ia yakin tempoh memulihkan kesemua laman web yang diserang itu tidak akan mengambil masa yang lama.
“Pemantauan kami mendapati serangan semakin kurang menjelang 4 pagi tadi, dan selepas membuat penilaian, kami menganggap kesannya serangan itu terhadap pengguna di Malaysia adalah kecil,” kata SKMM dalam satu kenyataan.
Serangan itu berlaku ekoran satu kenyataan sebuah kumpulan luar negara dikenali “Anonymous” untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam, dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.
Suruhanjaya itu berkata terdapat cubaan menggodam beberapa laman web termasuk laman webnya sendiri www.skmm.gov.my pada 11.30 malam tadi tetapi gagal.
Menurut SKMM, Pusat Keselamatan Rangkaian suruhanjaya itu bersama beberapa agensi lain, penyedia perkhidmatan dan pakar-pakar telah menjalankan usaha berterusan bagi memantau dan menyekat serangan itu.
Orang ramai diminta melaporkan sebarang maklumat yang mereka ada mengenai identiti penggodam itu kerana tindakan mengganggu perkhidmatan rangkaian adalah satu kesalahan serius.

No comments:

Post a Comment