Bagaimana Hendak ku
serahkan
zat rahsiaku kepada Mu
ini adalah persoalan
besar
Engkau ucapkan:
katakanlah: Roh adalah
urusan Tuhanku.
Rahsia adalah rahsia
mana boleh diterka
hanya daku perlu meyakini
ia adalah urusan Tuhanku
mengapa aku cuba memikul
urusan Tuhan
serahkan hak Tuhan kepada
Tuhan..
Wahai Tuhanku
Engkau mengetahui zat
rahsiaku
daku sendiri tidak
mengetahuinya
tanpa pengetahuanku
tentangnya
daku serahkannya kepada
Mu
terimalah, terimalah,
terimalah
daku tidak hairan
bagaimana Engkau menerima
zat rahsiaku
kerana Engkau yang paling
rahsia
Pemilik segala rahsia.
No comments:
Post a Comment