Engkau moyang keramat sebuana Melayu
Tumbuh diperbatasan taat setia daulat,
merekod lagenda purba sejarah,
untuk sebuah bangsa yang tak akan lenyap.
Kuperasap bicara di tanah peraduanmu,
wangi menetaskan hikayat terkisah,
oleh masa silam kependekaran Taming sari,
gagah menghunus kesatriaan si derhaka,
Wahai moyang perkasa betubuh sasa,
kau dewa sealam tunggal riwayat dalang cerita,
bertuah tujuh petala langit, tujuh lipatan bumi,
pangeran berani, tugu kota warisan bangsa,
Kau rentas selat masa dengan derap gagah,
menujangi bibit Perjuangan Sahabat berlima,
langkahan pencak bertingkah jurus akur,
dan kau tunduk pada bicara fitnah, Lurus!!
Hei Hang Tuah lanksamana benteng seteru!
serulah sumpahmu ketelingan cucu cicit dunia,
biar tempang, bisu, capek, si petualang durja,
kerana ini Bangsamu, kau bernih dan keringat!
Kami susur semangatmu segenap helai kasih,
sambil menjilat sejarah yang membuak darah,
lalu mengunyah sedalam sedar minda,
mengilham keperwiraan pada dada bangsa.....
"TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA"
No comments:
Post a Comment