Get your own Digital Clock

About Me

My photo
batu caves, selangor, Malaysia
Simple Person... Coretan di bloq ini hanya menceritakan sedikit kisah diriku yang bukan menjadi paparan buat semua,namun mungkin sedikit pengenalan bagi yang ingin mengetahui tentang hidupku.. kadang kala pengalaman yang dikongsikan dapat membantu yang lainnya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama,dan untuk yang baik,ia mampu menjadi ikutan buat semua.aku seorang manusia biase yang sering mahu melakukan sesuatu di luar kotak pemikiranku...Cita2 ku tinggi melangit walau kadang kala aku ragu sama ada aku mampu mencapainya ataupun tidak..namun andai kita tidak mampu bermimpi,bagaimana kita ingin memegangnya kan..andai ada yang kurang senang dengan catatanku ini,aku memohon seribu kemaafan..ini hanyalah kisah hidupku,dan tidak bersangkut paut dengan yang lainnya..sekian...(^_^)..pedRosyen

Tuesday, July 19, 2011

Manusia termuda jd datuk...




Seorang lelaki berusia 29 tahun menjadi "atuk" termuda di Britain selepas anak perempuannya yang berusia 14 tahun melahirkan anak. Shem Davies dari Bridgend, Wales - pernah menjadi bapa pada usia 14 tahun lapor The Sun. 

Anak perempuannya, Tia melahirkan bayi perempuan sebelum hari jadinya yang ke-15. Bapa kepada bayi tersebut ialah remaja berusia 15 tahun. Davies seperti yang dilaporkan media "terkejut" apabila anak perempuannya itu memberitahu tentang kehamilannya. Namun dia kemudiannya mengganggap berita itu amat menggembirakan.

"Pada suatu ketika Tia ialah bayi, kemudiannya dia mengandung. Saya boleh memarahinya, tetapi apa poinnya berbuat demikian?" kata Davies

"Saya tahu betapa susahnya untuk mereka menghadapi situasi ini kerana saya pernah menghadapinya dahulu," kata Davies.

"Saya tidak menangani masalah yang saya hadapi ketika menjadi ayah pada usia 14 tahun. Saya tidak mampu menghadapi situasi itu dan saya melarikan diri, kata Davies lagi.

Ibu Tia, Kelly berkata " Mimpi ngeri saya jika Tia mengikut jejak dan kesilapan saya dahulu. Sekarang mimpi itu menjadi realiti."

P/s: Sila ambil iktibar!

No comments:

Post a Comment