Sunday, June 12, 2011

NASIHAT BUAT UMNO & PAS

Islam kah Melayu yang bermusuh dan membangkitkan kebencian terhadap kaumnya sendiri sebagai cara mencari sokongan dan mengekalkan kuasa? Mereka ini adalah Melayu yg tak layak bercakap tentang maruah Melayu.

Melayu tidak akan hilang di dunia
, Benarkah..???
Banyak bangsa yang telah hilang maruahnya di dunia zaman sekarang ni. Dibawah pemimpin yang tidak berwibawa dan hilang pedoman sehingga menghakis apa yang melambangkan kemalayuan lebih cepat Melayu hilang dari dunia ini. Melayu Islam boleh menumpang kepada Islam kerna Islam tidak akan hilang sehingga hari kiamat.

Tak akan Melayu hilang di dunia adalah satu dogengan yang telah sekian lama ditolak oleh Melayu Celik. Orang Melayu yang hendak memimpin Melayu harus membawa berita baik dan menerima pendapat Melayu yang Celik bukan menyokong dengan membuta tuli.

Dikalangan pemimpin besar Melayu yang lepas2, hanya Tun Abdul Razak dan Dato’ Asri yang faham erti perpaduan Melayu. Hak istimewa orang Melayu yang menjadi buah penting dalam perundingan kemerdekaan dan termaktub dalam perlembagaan dibiarkan BEKU, KAKU tanpa diuruskan dengan bijak. Tidak diambil kira dengan sesungguhnya untuk menegakkan apa yang diperjuangkan oleh orang-orang Melayu untuk Agama, Bangsa dan Tanahair. Dibiarkan hanya sebagai kalam daripada dapat menaikkan maruah dan faedah kepada bangsa Melayu.

Rakyat tidak dididik untuk memahami akan sepenuhnya ‘Kontrak Sosial’ yang telah dipersetujui bersama untuk menubuhkan MALAYSIA. Sepatutnya kerajaan harus member kesedaran sejak bangku sekolah lagi tentang erti Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu untuk melaksanakan perpaduan seperti dalam perlembagaan semuga difahami oleh semua dan menjadi pegangan sehingga akhir hayat. Tetapi pemimpin kita cuai melaksanakan amanah ini. Mereka gagal melayari bahtera kemerdekaan dengan bijak bagi menjamin matlamat dan inspirasi orang Melayu dicapai dengan jaya tanpa memusuhi kaum lain. 

Dengan kelalaian untuk sentiasa menjaga perpaduan dikalangan orang Melayu, medan politik telah menjadikan Melayu bersengketa, berperang ideology, mencerca sesama sendiri dan berbagai-bagai perselisihan berlaku ketika ini. Ketidak ikhlasan telah memorak perandakan bangsa Melayu, mereka yang rasa dipinggirkan, dibohongi, tidak diberi keistimewaan atau bukan kroni telah dipinggirkan. Apakah kalian tidak perasan penghijrahan orang Melayu yang sedar akan kepincangan untuk mencari damai dibawah kepimpinan ALTERNATIF. Politik amat kotor dikemudikan oleh kalian.

Politik untuk memperjuangkan amanah orang Melayu sudah lama bertukar menjadi politik perbalahan merebut kuasa, kedudukan dan kemewahan. Roh politik perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair sudah hilang, pupus sama sekali dalam diri pemimpin politik hari ini.

Apakah kalian hanya inginkan kemewahan, kekuasaan, penghormatan sekadar DUNIA sahaja.
FIKIR-FIKIRKAN LAH, SEMUGA HATI KALIAN DICELIKKAN ALLAH UNTUK BERSATU DEMI ISLAM.


SUMBER: PEWARIS

No comments:

Post a Comment