Jangan Beli DVD Game Ini, Jika Terbeli/Terjumpa, Laporkan kepada Pihak Berkuasa
![]() |
Kulit DVD Devil May Cry 3 |
HM melaporkan sebuah permainan komputer, Devil May Cry 3yang digilai remaja di negara ini mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah. Pemain permainan itu didakyah kononnya berjihad untuk menentang syaitan kerana pemain dikehendaki menewaskan makhluk syaitan untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah. Elemen penghinaan terhadap Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal oleh syaitan termasuklah di pintu Kaabah.
Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.
Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.
P/s: Jika terbeli atau terjumpa di kedai, anda tahu apa yang perlu dilakukan!
No comments:
Post a Comment