Get your own Digital Clock

About Me

My photo
batu caves, selangor, Malaysia
Simple Person... Coretan di bloq ini hanya menceritakan sedikit kisah diriku yang bukan menjadi paparan buat semua,namun mungkin sedikit pengenalan bagi yang ingin mengetahui tentang hidupku.. kadang kala pengalaman yang dikongsikan dapat membantu yang lainnya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama,dan untuk yang baik,ia mampu menjadi ikutan buat semua.aku seorang manusia biase yang sering mahu melakukan sesuatu di luar kotak pemikiranku...Cita2 ku tinggi melangit walau kadang kala aku ragu sama ada aku mampu mencapainya ataupun tidak..namun andai kita tidak mampu bermimpi,bagaimana kita ingin memegangnya kan..andai ada yang kurang senang dengan catatanku ini,aku memohon seribu kemaafan..ini hanyalah kisah hidupku,dan tidak bersangkut paut dengan yang lainnya..sekian...(^_^)..pedRosyen

Wednesday, June 1, 2011

Air Dicincang tak kan ptuts tau!

Assalamualaikum^^

jom kita bercerita pasal adik-beradik kita. jom jom :)
hari tu ada tengok cite Magika. best la jugak sebab cite dia drama muzikal kan.
tak de berat sangat. nak santai-santai tu boleh la~
salah satu OST dia, Kita Bersaudara oleh KRU.



Biar adakalanya dia buat kau kecewa
Biar adakalanya dia buat kau gundah
Tetapi tak mengapa kerna dialah juga
Yang mengambil hatimu bila keadaan reda

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nati berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus

Biar kau dalam susah semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa yang sudi menghulur
Jika tak adik beradik yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri selalu yang kau terima

Oh kita bersaudara

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nati berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus


cuba kita baca lirik lagu ni baik-baik.
mesti akan teringat adik beradik kan. yelah, susah senang sama-sama.
bak kata pepatah, air dicincang tak kan putus.
ok, kalau kita tengok kan, dengan adik-beradik kita ni
kita tak hipokrit langsung kan. kebanyakannya la. majoriti.
sebab pe?
dari kecil dah sentiasa bersama.
main sama-sama, gaduh sama-sama. kira dah macam kawan.
lagi-lagi kalau yang ada adik-beradik ramai macam aku ni.
memang sentiasa sangat dah bersama. kalau tak cukup sorang tu mesti rasa
ada yang hilang. nak main Saidina pun macam tak cukup orang.
[permainan famous aku ngan adik-adik]

daripada apa yang aku perhatikan la,
kalau dengan kawan-kawan ni kadang-kadang kita macam hipokrit je.
ni bukan kategori hipokrit yang negatif.
contohnya kalau kita tak suka apa yang kawan kita buat,
kita macam susah je nak tegur, nak bagitahu, nak komen.
tapi kalau adik beradik kita, pantang ada silap sikit,
mulut ni pot pet duk mengomen kan.
adakah anda begitu? haha. ni macam aku je pulak.
sebab aku kan kakak. sulung pulak. kalau bab marah tu memang no. 1
berbeza sangat kalau dengan kawan. terlebih baik!
[ooohh, yeke? kalau adik-adik aku tahu mesti dorang tak percaya. haha]

apa pun aku just nak bagitahu la kat sini
seburuk mana pun adik beradik kita, teruk mana pun kita gaduh dengan dorang,
dorang still darah daging kita. kita berkongsi mak dan ayah yang sama.
hubungan ni takkan putus dengan mudah la.
sebab hubungan ni dah macam air dan air yang dicincang memang takkan putus.
macam tu la jugak kita.



No comments:

Post a Comment