Get your own Digital Clock

About Me

My photo
batu caves, selangor, Malaysia
Simple Person... Coretan di bloq ini hanya menceritakan sedikit kisah diriku yang bukan menjadi paparan buat semua,namun mungkin sedikit pengenalan bagi yang ingin mengetahui tentang hidupku.. kadang kala pengalaman yang dikongsikan dapat membantu yang lainnya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama,dan untuk yang baik,ia mampu menjadi ikutan buat semua.aku seorang manusia biase yang sering mahu melakukan sesuatu di luar kotak pemikiranku...Cita2 ku tinggi melangit walau kadang kala aku ragu sama ada aku mampu mencapainya ataupun tidak..namun andai kita tidak mampu bermimpi,bagaimana kita ingin memegangnya kan..andai ada yang kurang senang dengan catatanku ini,aku memohon seribu kemaafan..ini hanyalah kisah hidupku,dan tidak bersangkut paut dengan yang lainnya..sekian...(^_^)..pedRosyen

Friday, May 27, 2011

nAk kEnAL leLAki itu JujUr @ tiDAk

Okey, dek kecurangan cinta ni selalu diandaikan pada lelaki, ini tip mengenali lelaki baik.

NAK KENAL LELAKI ITU JUJUR ATAU TIDAK???

1. Jika dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul, tapi kta boleh berpegang lelaki atau perempuan yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupaun seorang yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan perempuan jika ia lelaki da begitu la sebaliknya. Logik?

2. Dia seorang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya, namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat ibadahnya berbanding yang tidak ambil peduli tentang agamanya.

3. Dia seorang yang amat ambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti disenangi oleh seluruh keluarganya. Tumpuannya hanya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN-nya. Seorang wanita yang baik jugalah beginilah perilakuya. Mana mungkin orang yang sibuk dengan TUHAN, keluarga dan kerjaya ada masa untuk membina cinta-cinta kedua, ketiga dan seterusnya. Tak mungkin.

Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki atau perempuan itu sempurna, Kerjaya menjadikan seseorang itu sibuk untuk mengejar matlamat. Kalau dia bercinta, cintanya itulah mekanisme untuk menuju cita-cita. Keluarga adalah sandarannya untuk menjadi  seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya semi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki atau wanita yang ada ketiga-tiga gabungan ini masih patut dicurigai?? Tak payah lah. Tak payahlah curigai pasangan anda kalau ketiga-tiga aspek ini ada pada dirinya. Kalau kurang salah satu mungkin juga, tapi kalau tak, tak payahlah, buang masa saja.
Ingat saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai. Saling percaya maknanya bahagia dan jaya. Saling  curiga maknanya derita dan air mata.

No comments:

Post a Comment