Get your own Digital Clock

About Me

My photo
batu caves, selangor, Malaysia
Simple Person... Coretan di bloq ini hanya menceritakan sedikit kisah diriku yang bukan menjadi paparan buat semua,namun mungkin sedikit pengenalan bagi yang ingin mengetahui tentang hidupku.. kadang kala pengalaman yang dikongsikan dapat membantu yang lainnya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama,dan untuk yang baik,ia mampu menjadi ikutan buat semua.aku seorang manusia biase yang sering mahu melakukan sesuatu di luar kotak pemikiranku...Cita2 ku tinggi melangit walau kadang kala aku ragu sama ada aku mampu mencapainya ataupun tidak..namun andai kita tidak mampu bermimpi,bagaimana kita ingin memegangnya kan..andai ada yang kurang senang dengan catatanku ini,aku memohon seribu kemaafan..ini hanyalah kisah hidupku,dan tidak bersangkut paut dengan yang lainnya..sekian...(^_^)..pedRosyen

Wednesday, October 31, 2012

Puisi ALLAH MELIPUTI SEGALA SESUATU


Mereka berkata alam menjadi dalil wujud Allah 
aku pandang pada alam 
Allah tidak kelihatan 
mana mungkin ada kekuatan alam 
mempamer wujud Tuhan 
bukankah Allah tidak memerlukan alam 
Dia yang zahir dan Dia yang batin 
Dia yang awal dan Dia yang akhir.
Aku pandang ke dalam hatiku 
zat rahsiaku diterangi Rahsia Ilahi 
kemudian akau pandang kepada alam 
baharu aku melihat Cahaya-Nya meliputi alam 
aku pandang lagi kepada alam 
cahaya-Nya kembali terhijab dari pandangan 
lalu aku pindahkan alam ke dalam hatiku 
aku kembali melihat  Cahaya Ilahi meliputi alam.

Cahaya-Nya hanya boleh dipandang oleh zat rahsiaku 
apabila aku menyatu dengan zat rahsiaku 
tanpa takwil tanpa hujah tanpa terka 
tanpa ulasan tanpa kupasan tanpa huraian 
hanya yakin dan larut di dalam keyakinan 
bahawa aku tidak terpisah daripada zat rahsiaku 
baharu dapat aku saksikan Cahaya-Nya 
tanpa rupa tanpa warna 
hanya jelira di dalam yakin 
sesungguhnya Cahaya Engkau yang aku pandang.

Apa jua yang nyata 
bila aku halakan pandangan ke sana 
daku tidak melihat wujud di situ 
hinggalah akau halakan pandangan ke dalam hati 
baharulah aku melihat wujud menyertainya.

“Hidup adalah Pergeseran Masa & Putaran Hari"


Hidup adalah pergeseran masa&putaran hari.
Terimalah kehidupanmu&relakanlah.
Hentikan keinginanmu,kau akan merdeka. Yang paling senang adalh orang yang percaya diri. Zat yang memberi akan memberi rezki
Pemberian darinya selalu terjaga,Selalu baru tidak kadaluwarsa. Qana’ah itu selalu lega, Maka tiada sesuatu yang memperbudakkannya.
Sampai bila aku terikat&terjerat,terus berusaha pulang&berangkat. Jauh rumah jauh keluarga. Tidak tahu pula hakku bagaimana.
Mengembara didunia dari timur ke barat…kerakusanku tidak peduli maut menunggu. Menerima itu kaya…bukan kerana banyaknya harta…
Kulihat harta itu menambah kerakusanmu. Seperti kau tidak akan mati saja…Pernahkah kau puas bila tiba waktumu??? “Lantas kau berkata,”Aku telah cukup…aku telah redha…”Meniaraplah dihadapan Allah,jangan meniarap kepada manusia. Menerimalah dengan memutuskan keinginan. Sungguh kemuliaan itu dalam ketiadaan keinginan. Jangan berhajat pada sanak saudara. Orang yang kaya tiada berhajat kepada manusia.
“Wahai sipengumpul dunia! Waktu terus kian berlalu…terkunci rapat semua pintu…Sambil kau fikir bagaimana mewujudkan angan-angan…Entah mudah atau sulit kau buru jua.
Kau kumpulkan harta!!! “Katakanlah padaku, sudahkah kau kumpulkan??? “Hai pemburu harta!…Hari-hari kian meninggalkanmu. Hartamu dilirik ahli warismu. Milikmu hanyalaj yang kau infakkan. Zat yang membahagi, akan memberimu rezki. Pemberian darinya selalu terjaga, Selalu baru takkan binasa…Qana’ah itu selalu menerima. Tidak pernah tergesa atau berduka..
“Kewiraan adalah pada ringgit, jika boleh kau meninggalkannya, Itulah taqwa muslim sesungguhnya…
“Jangan kau tertipu oleh alim ulama…berjubah & berserban…atau pula diwajah nampak kezuhudannya…! “Perlihatkanlah ringgit padanya…Tahulah kau kecintaan atau kewiraannya…”Wahai yang tidur nyenyak dimalam hari&gembira di awalnya…Berbagai kejadiaan mengetuk akhir malam. Jangan kau sukai malam yang baik awalnya, Boleh jadi akhirnya menyalakan api…
“Jika rezkimu masih jauh jua. Sabar, & terimalah apa yang ada. Tidak perlu kau payah memburunya. Jika memang bahagiaanmu, tentu & pasti akan datang jua…”Wahai pemburu rezki yang masih jauh. Percuma saja kau lelah. Yang kuat kadang tidak mendapat apa-apa, sedangkan lalat & ulat yang lemah dapat banyak jua.
“Tinggalkan kegilaan & gemerlap dunia. Jangan kau tertipu oleh perlumbaannya. Terimalah apa yang diberikan oleh Ar-Rahman. Sungguh Qana’ah itu harta yang tak akan pernah habisnya. Meskipun berlebihan yang kau kumpulkan. Tidak bermanfaat bagimu dalam kehidupan.
Kulihat waktu tiada abadi…Masa& umurku akan lenyap sama sekali…Orang bodoh adalah orang yang memperturutkan hawa nafsunya,serta penuh keinginan belaka. “Demi umurku! Pemuja dunia akhirnya menyesal jua. Bila dunia pergi dia merasa rugi…Bila dunia datang keinginannya pun terus memuncak…Banyak orang berusaha yang haram, Ia temukan kejahatan atas kejahatan…”Sungguh menghairankan…Ia musuh tapi dirindukan…
” Wahai orang-orang yang tertipu oleh dunia!
Siang kau tidur dan malas. Malam pun kau tidur & hina…Kau tertipu oleh sesuatu yang fana…Kau bahagia dalam khayalan. Persis orang tidur yang tertipu dengan kelazatan. Akhir kesibukanmu hanyalah kebosanan( borink kata budak-budak sekarang) Demikianlah kehidupan haiwan-haiwan!
“Alangkah indahnya syair yang berbunyi: “!Ingan…dunia itu fitnah bagi seseorang. Tiap saat ia pergi & datang…Jika pergi, bersabarlah…Jika datang……bersyukurlah….



Puisi ILMU & MAKRIFAT


Wahai yang tidak aku kenali 
ku panjat gunung yang tinggi 
sangkaku Engkau berada di puncaknya 
namun tidak ku temui Engkau di sana.
Lalu aku terjun dari puncak gunung 
jika Engkau ada pasti Engkau tidak membiarkan daku.

Tangan Kudrat Iradat-Mu menyambar ku 
aku terbang dengan sayap Rahmani-Mu 
mengembara ke seluruh alam maya 
namun tidak ku temui Engkau di dalam alam.

Hatiku mengatakan Engkau ada 
lalu aku keluar daripada alam 
dan aku terjun ke dalam hatiku.

Di sana aku temui kebodohanku 
bodohnya aku menyangka akulah Aku 
sedangkan Dia jualah Aku 
dan aku tiada beserta Dia.

Bila aku tiada beserta Dia 
tinggallah Dia sendirian 
rindulah Dia kepada diriku 
lalu Dia terjun ke dalam hatinya 
di sana Dia berjumpa Aku 
Aku menyambutnya dengan tersenyum.

Aku dan Dia 
Dia dan Aku 
bukan dua dan bukan Satu 
satu masih berbentuk 
masih berjarak titik atas dengan bawah 
sedangkan Aku dan Dia 
tiada antara 
bukan juga titik yang halus 
titik yang halus masih menempati ruang 
sedangkan Aku dan Dia 
tiada rupa tiada bentuk tiada ruang tiada zaman.

Aku adalah Dia 
Dia adalah Aku 
tiada beza antara Aku dan Dia 
bila aku cuba mengenali Dia 
aku tidak kenal lagi diriku 
aku tidak kenal lagi diri Dia 
bila dia cuba mengenali diriku 
dia tidak kenal lagi dirinya 
dia tidak kenal lagi diriku.

Tiada lagi kenyataan 
tiada juga keghaiban.

Pengenalan sebenar adalah tidak kenal 
pengetahuan sebenar adalah tidak tahu.

Aku adalah rahsia Dia 
Dia adalah rahsia Aku 
usah diganggu rahsia ini.