Get your own Digital Clock

About Me

My photo
batu caves, selangor, Malaysia
Simple Person... Coretan di bloq ini hanya menceritakan sedikit kisah diriku yang bukan menjadi paparan buat semua,namun mungkin sedikit pengenalan bagi yang ingin mengetahui tentang hidupku.. kadang kala pengalaman yang dikongsikan dapat membantu yang lainnya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama,dan untuk yang baik,ia mampu menjadi ikutan buat semua.aku seorang manusia biase yang sering mahu melakukan sesuatu di luar kotak pemikiranku...Cita2 ku tinggi melangit walau kadang kala aku ragu sama ada aku mampu mencapainya ataupun tidak..namun andai kita tidak mampu bermimpi,bagaimana kita ingin memegangnya kan..andai ada yang kurang senang dengan catatanku ini,aku memohon seribu kemaafan..ini hanyalah kisah hidupku,dan tidak bersangkut paut dengan yang lainnya..sekian...(^_^)..pedRosyen

Thursday, September 29, 2011

Orang Kafir Serang Kita Dengan 3F. Apa Itu 3F??

Korang tau apa yang membuatkan Islam lebih hebat berbanding agama lain? 

Itulah dia cara hidup. Cara hidup Islam sangat indah. Kita hidup berlandaskan al-Quran dan Al-Sunnah. Garis panduan Islam semuanya Allah dah tetapkan untuk kita.

Jika semua umat Islam mengikut ajaran Islam dengan sebenar-benarnya, dah pasti Islam akan jadi kukuh, jauh lebih kuat berbanding agama lain.

Ni la yang ditakutkan oleh orang kafir. Orang Islam ni kalau diserang secara fizikal, bukan jadi lemah. Tapi semakin kuat. Diorang pun berfikir:

"Macam mana nak lemahkan umat Islam? Macam mana nak jauhkan diorang dengan Islam?"

So, orang kafir pun menyerang kita dengan cara 3F.


F yang pertama = Food

Soal haram halal banyak kali kot ditekankan dalam Islam. Tapi, sekarang ni. Berapa ramai je yang kisahkan tanda "Halal" kat restoran yang dia masuk? Semuanya main 'boh' je. Asalkan tempat tu nampak sedap kan?


Mek: Wahh, best tau restoren XXX tu. Makanan dia semua sedap2 wacakaplu. Rugi tau kau tak try. Esok nak makan kat YYY plak. Orang kata sana sedap.
Wan: Halal tak restoren tu?
Mek: Err, entah la. Dah ada kat Malaysia. Halal la kot.

Ingat, apa yang kita makan, akan jadi darah daging kita. Sebab tu dalam Islam sangat dituntut untuk mencari yang halal.





F yang kedua = Fun

Fun, hiburan. Rasanya korang sendiri pun dah nampak kan? Dengan hiburan, kita boleh jadi lalai, leka dan seterusnya jauh dengan Islam.

Negara kita sendiri pun sekarang asyik anjurkan hiburan je. Pusat-pusat hiburan semakin banyak. Konsert sana-sini. Kesannya, masalah sosial negara kita bertambah.

Mek: Malam semalam aku tengok wayang dengan member-member. Wayang start pukul 7. Best giler dowh cite tu.
WanMaghrib kau sembahyang kat mana?
Mek: Err, kat dalam wayang tu takde surau. Nanti aku qada' la..

Nak berhibur punya pasal. Waktu solat selalu dilanggar. Ini realiti. Korang pernah buat? Kalau pernah, berubah la. Lepas ni jangan buat lagi ek.





F ketiga = Fashion

Fesyen. Biasa yang taksub dengan fesyen adalah kaum hawa. Bila tengok artis pakai seksi. Dia pun nak pakai seksi jugak. Tak jadi artis, bajet artis pun boleh la.

Bila tengok orang lain pakai shawl, lilit2 kepala. Dia pun nak follow jugak. Seperti dunia ni ada peraturan yang tersembunyi pulak:

"Siapa yang tak ikut fesyen, dia tu kolot"

Mekap pun salah satu cabang dalam fesyen jugak. Tak salah nak bermekap, supaya muka tampak lebih bermaya. Tapi jangan over dah la.

Mek: Weh, Wan. Kau tau? Produk AVLON tu bagus tau. Bila pakai kat muka aku ni, baru la rasa yakin sikit. Kalau keluar tak mekap, aku rasa macam bogel je.
Wan: Kau keluar dengan mekap tebal tu, air sembahyang boleh lalu tak?
Mek: Errr, entah. Aku tak pernah tanggalkan masa kat luar.

Aku tau. Pasti wujud golongan perempuan yang tinggalkan solat. Hanya sebab nak jaga fesyen dia kan? Contohnya malas basuh mekap, pastu nak pakai balik. Dengan tinggalkan solat, semuanya lebih mudah.



Food, Fun Fashion. Pendekatan orang kafir dalam melemahkan iman kita. Sedih, tapi aku tak boleh pertikaikan. Ketiga-tiga pendekatan ni memang berjaya.

Bahkan, tanpa kita sedar. Kita sendiri yang merialisasikan serangan orang kafir terhadap agama kita sendiri.

Kita yang tukang promote tempat makan tak halal, kita yang jadi AJK hiburan yang melalaikan. Kita yang jadi promoter fesyen dan jadi ikutan orang lain. Sedih sangat.

Kenapa Korang Mesti Nak Bandingkan Dengan Sesuatu Yang Lebih Buruk?? Cepat Jawab..!!!



Aku tak faham betul la dengan sifat orang kita ni. Bila nak buat perbandingan, mesti nak bandingkan dengan sesuatu yang lebih buruk.

Isu tudung

Contohnya dalam isu tudung. Bila kita cakap pasal bertudung pendek, tak tutup dada. Ramai yang akan jawab camni:


"OK la tu dah tutup rambut. Daripada ramai kat luar sana yang free hair"


Nampak? Kenapa sesuatu yang dah buruk tu, nak bandingkan dengan sesuatu yang lebih buruk? Kenapa tak bandingkan je dengan sesuatu yang lebih baik?

Bandingkan la dengan perempuan yang pakai tudung dengan sempurna, yang tutup dada contohnya.


Blog 18SX

Lagi satu, dalam isu blog yang suka share bahan lucah. 18SX. Kebanyakan yang aku tegur, mostly bloggers akan bagi jawapan camni:


"Banyak lagi blog-blog yang lagi teruk daripada blog aku. Kau tengok la *tuutt* dot com tu. Kenapa kau tak pergi tegur dia? Teruk la kau ni"


Aikk, aku balik yang kena teruk? Haha, betul la orang kata. Manusia ni kalau tak nak terima teguran, sejuta alasan akan diberi. Malah, menyalahkan aku balik.

Paling best, komen teguran aku kat blog 18SX tu pon owner dia delete. Erkk..!!


Macam-macam situasi lagi la, manusia ni akan bandingkan sesuatu yang buruk, dengan sesuatu yang lebih buruk.

Sama la kalau aku tanya korang soalan camni:

"Antara perompak dan pembunuh, siapa yang lebih baik?"

Sangat tak relevan soalan tu kan? Dah jelas-jelas, kedua-duanya tak baik.

So, lepas ni kalau korang nak buat perbandingan, bandingkanlah dengan sesuatu yang lebih positif. Barula perasaan nak jadi yang lebih baik tu hadir dalam diri kita. Tak gitu?